Lavender:

Kerana bahagiaku dalam sujudku padaMu...

Wednesday, December 1, 2010

Lavender Yang Terindah

           

              Jumaat itu bertarikh 11 Januari 2008. Pada keheningan malam di pagi jumaat yang indah, jam locengnya berbunyi. Safiah tersedar dari tidurnya yang lena. Hensetnya dicapai. Pukul 3.59 pagi. Dia bingkas bangun dari tidurnya dan membaca doa pagi

             “Segala pujian bagi Allah yang menghidupkan kami selepas mati kami dan kepadanya kami bersyukur”.

            Selimut tidur segera dilipat dan katil dikemaskan rapi. Lalu dia bingkas bangun dari katil. Lampu meja studi dihidupkan. Lantas,baldi yang dipenuhi perkakas untuk mandi dicapai. Semuanya dilakukan dengan berhati agar tidak mengejutkan sahabatnya yang masih tidur di katil sebelah. Pintu bilik dikuak perlahan-lahan. Dia memulakan langkahnya menuju ke kamar mandi.
            Selesai mandi, dia mengambil wuduk. Doa selepas mengambil wuduk dibaca. Terasa tenang dan damai bila maksud doa itu dihayati.
            “Aku naik saksi tiada tuhan melainkan Allah. Tiada sekutu baginya. Dan aku bersaksi tiada nabi Muhammad itu hamba dan pesuruhNya. Ya Allah, jadikanlah aku dari golongan yang sentiasa bertaubat, dan jadikanlah aku dari golongan yang membersihkan diri, dan jadikanlah aku dari golongan hambaMu yang yang solihin.” Amin.
 Dia menunaikan solat tahajjud.Usai tahajjud, dia memanjatkan doa pada sang Pencipta.
            “Ya Allah engkau pandulah aku pada jalan yang engkau redhai, sesungguhnya tiada yang paling aku dambakan melainkan redhaMu ya ilahi. 
            “Engkau takdirkanlah Ya Allah apa saja yang terbaik bagiku,sesungguhnya engkau Maha Mengetahui segala sesuatu”
            “Ya Allah, jadikanlah aku dari hambaMu yang ikhlas mencintaiMu ya Allah. Engkau pandulah aku menuju cintaMu ya Allah”
            “Ya Allah, takdirkanlah dia yang terbaik untukku dari sisiMu. Jadikanlah aku hamba yang mencintai apa sahaja yang mendekatkan cintaku padaMu ya Allah. Sesungguhnya engkaulah yang Maha Pengasih”
            Amin.
            Waktu sudah mencapai 5 pagi. Safiah bingkas bangun dari sajadah cinta menuju perjuangan hidup. Beramallah untuk hari seolah-olah kamu akan mati esok hari,dan bekerjalah pada hari ini seolah-olah kamu akan hidup seribu tahun lagi. Waktu itu adalah waktu untuk dia menelaah pelajaran. Jadual studinya konsisten. Dia tidak mahu ada kerja yang tertangguh. Dia berpegang pada kata-kata Khalifah Umar ‘Abdul Aziz, pemimpin Islam yang terkenal sebagai pemimpin yang amanah. Jadi, Safiah yakin, seandainya dia berehat pada hari ini, dia terpaksa melakukan kerja berganda pada hari esok.Baginya, dia tidak sanggup bekerja untuk dua hari.
            ….”Hayya ‘Ala As-Solah..”      2x        (Marilah menunaikan solat)
                 “Hayya ‘Ala Al-Falah”         2x        (Marilah menuju kejayan)
                 “ Allahu akbar”                    2x        (Allah Maha Besar)
                “ La Ilaha Illa Allah” 1x        (Tiada tuhan melainkan Allah)

            Azan selesai berkumandang. Safiah membaca doa selepas azan dan bingkas bangun ke kamar mandi untuk membaharui wuduknya. Solatnya pada subuh itu khusyuk. Dia membaca surah as- Sajaadah. Setiap bait2 tuhan dalam ayat itu diteliti satu persatu dan difahami maksudnya. Sampai pada satu ayat, dia tiba-tiba sebak. Beberapa titisan air mata jernih mengalir turun ke pipinya, lalu turun lagi hinggap ke dagu dan jatuh titik demi titik di atas telekung sembahyangnya. Ayat itu…***bersambung


By: Lavender