Lavender:

Kerana bahagiaku dalam sujudku padaMu...

Sunday, October 21, 2012

POLIGAMI: INDAHNYA ISLAM

Saya tertarik dengan satu post daripada seorg sahabat yg dikasihi Allah..berkenaan POLIGAMI...

Islam adalah perkataan arab. Dalam bahasa melayu islam bermaksud selamat...sebagai perempuan islam, saya melihat islam sebagai agama yang melindungi dan membela nasib semua bangsa, keturunan dan juga jantina....islam menggariskan panduan hidup yang lengkap, dan memberI pnyelesaian kepada semua masalah hidup...

saya melihat poligami sbagai satu cara utk islam melindungi kaum wanita..kerana, SEBELUM DATANGNYA  ISLAM, hanya wanita pertama yg layak bergelar isteri, dan selebihnya, hanya layak digelar perempuan simpanan... sedangkan perempuan simpanan mempunyai darjat yg sangat rendah di sisi masyarakat seluruhnya..dan mereka tidak sedikitpun mempunyai hak utk mewarisi harta peninggalan suami mereka. Nasib mereka juga tidak terbela kerana mereka juga tidak mempunyai hak ke atas perlindungan lelaki yg menjadikan mereka sebagai perempuan simpanan..

SETELAH DATANGNYA ISLAM, poligami dibolehkan..dan islam telah memberi kelonggaran utk lelaki berkahwin lebih daripada satu pada suatu masa kerana islam mahu melindungi kaum wanita daripada dijadikan perempuan simpanan yg sangat hina kedudukannya di sisi masyarakt. Islam mengiktiraf isteri yg kedua,ketiga dan keempat dan mereka semua layak mewarisi harta peninggalan suami. Nasib mereka terbela, kerana suami dimestikan utk melindungi mereka, menyara anak2 mereka dan menyediakan semua keperluan mereka..

Dalam islam, lelaki dibolehkan utk berpoligami..tetapi islam sama sekali tidak menjadikan ia satu perkara sunat (dapat balasan baik dari tuhan jika berpoligami), atau wajib (berdosa jika tidak berpoligami)
Islam membenarkan poligami hanya sebagai SATU KELONGGARAN bagi melindungi nasib kaum wanita...


ISLAM melarang  zina, tetapi membenarkan perkahwinan.
ISLAM melarang perempuan utk dijadikan PEREMPUAN SIMPANAN, tetapi membenarkan mereka utk dijadikan ISTERI kedua, ketiga atau keempat.

.alangkah indahnya islam yang telah membela nasib kaum wanita..

lelaki hanya dibenarkan mempunyai PALING BANYAK EMPAT ISTERI PADA SUATU MASA. dan mereka dimestikan utk berlaku ADIL & SAMA RATA pada keempat-empatnya..setiap isteri adalah amanah (tanggungjawab yang tidak boleh diabaikan) utk suami..dan stiap amanah akan dipersoalkan di hadapan Tuhan pada hari pembalasan kelak..

kalau ditanya pendapat peribadi, adakah selepas  berkahwin saya akan membenarkan suami utk berpoligami? maaf,saya masih tiada jawapan utk semua itu..cumanya,sebagai orang islam, saya tidak mahu hukum poligami ini diperlekehkan, dipersendakan, atau dipersoalkan oleh orang islam sendiri..kerana saya bimbang jika ini termasuk dalam perkara yg boleh membatalkan agama...