Lavender:

Kerana bahagiaku dalam sujudku padaMu...

Sunday, October 21, 2012

POLIGAMI: INDAHNYA ISLAM

Saya tertarik dengan satu post daripada seorg sahabat yg dikasihi Allah..berkenaan POLIGAMI...

Islam adalah perkataan arab. Dalam bahasa melayu islam bermaksud selamat...sebagai perempuan islam, saya melihat islam sebagai agama yang melindungi dan membela nasib semua bangsa, keturunan dan juga jantina....islam menggariskan panduan hidup yang lengkap, dan memberI pnyelesaian kepada semua masalah hidup...

saya melihat poligami sbagai satu cara utk islam melindungi kaum wanita..kerana, SEBELUM DATANGNYA  ISLAM, hanya wanita pertama yg layak bergelar isteri, dan selebihnya, hanya layak digelar perempuan simpanan... sedangkan perempuan simpanan mempunyai darjat yg sangat rendah di sisi masyarakat seluruhnya..dan mereka tidak sedikitpun mempunyai hak utk mewarisi harta peninggalan suami mereka. Nasib mereka juga tidak terbela kerana mereka juga tidak mempunyai hak ke atas perlindungan lelaki yg menjadikan mereka sebagai perempuan simpanan..

SETELAH DATANGNYA ISLAM, poligami dibolehkan..dan islam telah memberi kelonggaran utk lelaki berkahwin lebih daripada satu pada suatu masa kerana islam mahu melindungi kaum wanita daripada dijadikan perempuan simpanan yg sangat hina kedudukannya di sisi masyarakt. Islam mengiktiraf isteri yg kedua,ketiga dan keempat dan mereka semua layak mewarisi harta peninggalan suami. Nasib mereka terbela, kerana suami dimestikan utk melindungi mereka, menyara anak2 mereka dan menyediakan semua keperluan mereka..

Dalam islam, lelaki dibolehkan utk berpoligami..tetapi islam sama sekali tidak menjadikan ia satu perkara sunat (dapat balasan baik dari tuhan jika berpoligami), atau wajib (berdosa jika tidak berpoligami)
Islam membenarkan poligami hanya sebagai SATU KELONGGARAN bagi melindungi nasib kaum wanita...


ISLAM melarang  zina, tetapi membenarkan perkahwinan.
ISLAM melarang perempuan utk dijadikan PEREMPUAN SIMPANAN, tetapi membenarkan mereka utk dijadikan ISTERI kedua, ketiga atau keempat.

.alangkah indahnya islam yang telah membela nasib kaum wanita..

lelaki hanya dibenarkan mempunyai PALING BANYAK EMPAT ISTERI PADA SUATU MASA. dan mereka dimestikan utk berlaku ADIL & SAMA RATA pada keempat-empatnya..setiap isteri adalah amanah (tanggungjawab yang tidak boleh diabaikan) utk suami..dan stiap amanah akan dipersoalkan di hadapan Tuhan pada hari pembalasan kelak..

kalau ditanya pendapat peribadi, adakah selepas  berkahwin saya akan membenarkan suami utk berpoligami? maaf,saya masih tiada jawapan utk semua itu..cumanya,sebagai orang islam, saya tidak mahu hukum poligami ini diperlekehkan, dipersendakan, atau dipersoalkan oleh orang islam sendiri..kerana saya bimbang jika ini termasuk dalam perkara yg boleh membatalkan agama...

Monday, April 4, 2011

Dari hati ke hati

"Aku tidak pernah melihat dosa yang lebih besar daripada dosa orang yang menghafaz Al-Quran lalu melupakannya"
((Rasulullah S.A.W)

Khas buat sahabatku,hafiz dan hafizah sekalian, renungan untuk kita semua.






Saturday, March 26, 2011

Let' VOTE (bersempena Pilihanraya Umum dan juga pilihanraya kat kelas saya)...


JOm kita mengundi............

Cakap pasal mengundi ni,ada terbaca pasal satu group yg mengharamkan mengundi..ade pulak macam tu..memandangkan sy suka mengkaji benda2 pelik ni, dan apa saja fakta yg melibatkan sejarah (maklum lah, ex guru kecil sejarah mase sekolah menengah..hehe)  apapun,jom kita explore pasal group ni..

Nama pertubuhan: HIZBU TAHRIR (diharamkan di banyak Negara…nak tahu kenapa,jom baca lagi!!)

Penubuh: Taqiyudin al-Nabhani, dari Jerusalem Palestine thun 1952/1953

Hizb ut-Tahrir was established in response to the saying of Allah (swt), ((Let there be among you a group that invites to the good, orders what is right and forbids what is evil, and they are those who are successful)) [TMQ 3:104]

Meaning in malay: Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang munkar[217]; merekalah orang-orang yang beruntung.(surah ali-Imran,104)

Ciri2:  
1.   Mensyaratkan wajib bagi umat Islam untuk meminta pertolongan mana-mana kuasa yang kuat, sama ada Islam mahu pun bukan Islam demi mengembalikan khilafah Islamiyah. (errkk..pelik..ade k orang bukan Islam nak tolong kembalikan khilafah Islamiyyah???...)

2.   Menentang kuat Israel (macam bagus)


3.   pilihan raya adalah sistem demokrasi, sapa2 yg ikot sistem ni, maka dia adalah kufur (errkk..ade pulak…falsafah ape dia ambik)

4.   sebuah parti politik yang tidak terlibat dengan pilihanraya. (ni focus saya ni..kalu sume x mengundi, kesian kat kwn2 sy yg uruskan peti undi kelas...cik Uda n the gangs..dah la nak exam,susah-payah plak kena uruskan pilihanraya..huhu...   SPR pun kesian jgak…nanti byk pulak dia kena soal jwb kat media nanti..susah2 pulak dia kena perah otak jwb soalan pelik2…hehe)


5.    Barangsiapa yang terlibat dengan sistem demokrasi, maka mereka berdosa dan juga bersyubahat dengan sistem kufur. (err…macam tu pulak..aii)


Buku2 yg Berjaya dihasilkan:  
The Islamic State, Adoption in Hizb ut-Tahrir, and Concepts of Hizb ut-Tahrir..(kalu nak tahu,baca lah…kena tahu fakta ni…sy baca semua buku..termasuklah bibble sekalipun..semangat nak tahu punya pasal…bak kata buku sejarah SPM dulu, semangat  “Inquire”..err, rujuk buku SPM bab Renaissance.)

Matlamat Perjuangan: Mengembalikan sistem Khilafah yang merupakan sistem Islam ciptaan Tuhan. (???)

Hanya dengan sistem khilafah sahajalah umat Islam akan dapat mengembalikan kehidupan Islam yang sebenarnya yag diredhai oleh Allah SWT.(betul, tapi betul ke cara nak capai tu…minus mark!!...)

Kesan yg akan berlaku: Ramai lah yg tidak keluar mengundi nanti....
Memandangkan sume orang percaya akan “cause and effect”, kita tgk apa yang akan terjadi..

(sy akan explain guna konsep Probability & penaakulan matematik..sila studi balik topic ni kalu kurang faham…hehe...xde pon,,cakap je lbih..)

Negara kita terdiri daripada populasi Islam dan bukan Islam.
Dan orang islam pula terbahagi kepada 3 kategori: ade yang tahu mengundi itu wajib, ade yg x pernah paham dan x nak cuba paham.Jadi,1/3 shaja yg akan mgundi.

 Dan daripada yg tahu mengundi itu wajib, ade yg akan keluar mengundi, dan ade  yang x keluar mengundi,sbb kat kawasan dia mengundi x ade lambang yg dia suka (pulak..)..…(er..ape kaitannya?) Jadi,1/2 sahaja akan megundi.

Jadi, jika peratusan orang Islam yg tahu mengundi  penting & keluar mengundi  berkurang, maka ramai lah org kafir yang keluar  mgundi berbanding umat islam sendiri…. maka, org kafir lah yg akan menentukan hala tuju Negara..

Jika ramai orang Islam keluar mengundi, maka orang Islam akan menentukan hala tuju negara


Ramai orang Islam keluar mengundi
Orang Islam akan menentukan hala tuju negara


hehe..mengimbau kembali zaman SPM dulu..entah betul ke tidak aplikasi ni..sy jenis ingat2 lupa..

Macam ni lah senang..bagi saya, kita ambik satu polisi yang semua orang boleh terima iaitu system yg diamalkan oleh pihak Polis..mana2 pon atas negara ni,polis kalu nak berlawan dengan musuh dia, dia x boleh lawan guna senjata kalu musuh dia x lawan pakai senjata…


 (tgk lah ape2 lah cita/movie,drama yg melibatkan polis& kejar mgejar dgn penjenayah…sume mcm tu..bila penjenayah mula angkat senjata barulah polis dibenarkan menggunakan senjata….

kalu x ikut polisi ni,polis tu pulak dikira salah!!..errr...kesian..!..sy suka tgk sume cerita apa sj yg berkaitan dgn plois&kejar mgejar ni…byk sgt la..letih kalu nak tulis kat sini..sbb temankan mak punya pasal…mak sy suka cita2 mcm ni..dan juga cite pasal menantu yg didera mak mertua..hehe)

So, kalu nak berurusan dgn pihak lawan yg x berperang macam org Isreal, kenalah guna cara yang diorang guna..kenalah angkat senjata...jadi, kalu nak berhadapan dgn sistem Barat, kenalah hadapi dgn sistem diorang jgak..hmmm.. 


So,kepada yg belum mngundi utk calon kat kelas RX8th,sy doakan cepat2lah mengundi..sebelum tarikh ditutup..jgn lah ikut resmi group ni..huhu

By: Lavender Isaac, 6.06 pm 26/3/2011

References:
1.   Daripada laman web kumpulan ini sendiri: http://www.hizb-ut-tahrir.org/
 

Saturday, March 5, 2011

Mereka Terlupa atau Sengaja Melupakan?

"Katakan (Muhammad) jelajahilah bumi dan kemudian perhatikanlah bagaimana kesudahannya orang-orang yang mendustakan itu"-Al-Quran (Al-An'am-11)


Walaupun isu ini sudah lapuk,saya tetap tertarik untuk membahaskan di sini. Walaupun suasana telah kembali pada normal…

Suatu ketika dahulu mata pelajaran sains  untuk pelajar sekolah ditukar ke bahasa Inggeris? Atas apa alas an?
Mereka mendakwa penukaran ini perlu bagi memastikan lebih banyak ilmu dapat diterokai

Mungkin benar. Tapi apa gunanya banyak ilmu dapat diterokai seandainya terdapat pelajar yang langsung tidak memahami apa yang diajarkan guru? Sehinggakan pelajar muak untuk ke sekolah kerana tidak faham bahasa inggeris. Mereka pening, kenapa perlu belajar bahasa inggeris dalam mata pelajaran ini, sedangkan bukan ini yang mahu difahamkan. Tidak cukupkah dengan mata pelajaran khusus bahasa inggeris diajar?

Lupakah mereka dahulu, pada zaman kegemilangan pemerintahan Islam, banyak tulisan dari bahasa lain seperti Yunani ditukar ke dalam bahasa Arab? Dan dengan itu umat Islam dapat menguasai ilmu mereka?

Atau mereka hanya mewajibkan pelajar sekolah yang belajar sejarah, tapi mereka sendiri tidak tahu sejarah?
Atau pun secara tepatnya, tidak reti mengambil iktibar dari sejarah?

“Belajar lah dari sejarah. Orang yang tidak mengambil iktibar dari sejarah adalah orang yang akan mengulangi kesilapan yang sama pada hari yang akan datang, sedangkan orang mukmin itu tidak akan dipatuk ular pada lubang yang sama…”
By: Lavender Isaac 2.11 pm 6/3/2011

Diari semalam yg dilupakan

Pernah dahulu,sewaktu Islam di berada di puncak kegemilangan…

Bila orang Islam ditanya,siapakah mereka? Maka dgn bangganya mereka akan menjawab, saya adalah orang islam.

Semua wanita non-muslim hatta di negeri barat sekalipun cuba meniru gaya hidup wanita Islam…Mereka mengimpikan sebuah layanan seperti mana yang diterima oleh wanita Islam, dihormati dan ditinggikan martabatnya.

Semua umat dunia, tidak kira bangsa dan agama berlumba-lumba utk mempelajari bahasa arab, dan bangga menuturkannya

Dahulu, di bawah system pemerintahan Islam,semua umat dunia, hatta yang bukan beragama Islam dapat hidup dengan aman dan tenteram.
Kini,segalanya telah berubah…

Wanita Islam mula berjinak-jinak dengan gaya hidup wanita barat. Lupakah mereka pada suatu hari dulu wanita barat pernah berusaha untuk keluar dari gaya hidup mereka yang penuh kehinaan?

Kini,umat Islam mula melupakan Al-Quran. Al-Quran disisihkan ke tepi dan peraturan hidup yang diciptakan oleh manusia sendiri diagung-agungkan…lupakah mereka bahawa Islam pernah berada di puncak kegemilangan dan mencapai peradaban yang hebat pada suatu masa dahulu? dan hingga sekarang tiada peradaban yang mampu menandinginya? Itu adalah hasil panduan dari Al-Quran. Maka jika benar ingin maju,mengapa tidak Al-Quran dijadikan panduan? Mengapa hanya sebahagian diambil dan sebahagian lagi dibuang?

Kini, semua tulisan yang berkait dengan bahasa Arab cuba dihapuskan. Sebagai contoh, tulisan bahasa melayu yang dahulunya dalam bahasa jawi kini telah dihapuskan…tiada usaha untuk mengembalikannya..Maka sekarang anak bangsa kita tidak lagi mampu membaca tulisan jawi…dan kesannya,sukarnya untuk mereka membaca bahasa Al-Quran

Di bawah system pemerintahan Barat, tiada lagi keamanan khususnya buat umat Islam. Mereka memusnahkan system yang paling ampuh untuk mendidik jiwa manusia, iaitu system rumah tangga. Harga matawang dunia jatuh dengan teruknya. Cubalah lihat di Negara kita sendiri, betapa harga barangan naik dengan banyaknya. 

Hal ini sebenarnya berpunca daripada kejatuhan nilai matawang negara kita yang menjadi semakin teruk. Kita sekarang telah menjadi saksi kejatuhan nilai matawang di Negara jiran. Hatta sebiji gula-gula pun berharga beribu-ribu rupiah. Nilai harga gula-gula itu tetap sama, tapi nilai matawang telah jatuh menyusut sehinggakan gula-gula terpaksa dijual dengan harga yang sebegitu tinggi…

Satu pesanan ikhlas dari saya,untuk diri dan juga semua yg membaca. Selain Al-Quran dan as-sunnah, pastikan anak-anak kita mempelajari bahasa Arab walaupun pada asasnya sahaja. Kerana ia membantu mereka memahami Al-Quran. 

By: Lavender Isaac 2.00pm 6/3/2011

LoVe iS CiNTa???

Salam ukhuwwah...


Pesanan dari seorang ustazah,

Letakkan cinta Allah di hati...dan cinta suami nanti di genggaman tangan kita..sewaktu dia dalam pandangan mata kita, layanilah dia dengan sesempurna mungkin..dan tatkala dia berada jauh dari kita, lepaskan dia dalam jagaan Allah s.w.t....barulah hati kita tenang...tanpa sebarang syak wasangka...


Letakkan cinta Allah di hati...dan cinta suami nanti di genggaman tangan kita.kerana dengan yang demikian, kita akan sedar, se'professional' dan sehebat manapun kita, kita tetap seorang isteri bila berada di hadapan suami...dan keredhaan Allah berada bersama suami kita...laksanakanlah tanggungjawab dengan baik demi mengharapkan cinta Allah...


Letakkan cinta Allah di dalam hati..sediakan bahagian hatimu hanya untukNya...yang Maha Pengasih.. dan yang Maha Sempurna...dan cinta suami hanya di genggaman tapak tangan kita...kerana ketahuilah, bahawa cinta dan kasih suami, itu semua datang dari Allah...itu adalah bukti kasih sayang Allah pada kita...

Letakkan cinta Allah di  dalam hati...dan cinta suami di genggaman tapak tanganmu....kerana suami hanya seorang insan biasa..punya kelemahan tersendiri..bila cinta Allah memenuhi hati kita, kita tidak akan sesekali melayan suami dengan buruk kerana mengharapkan cinta Allah...



Letakkan hanya cinta Allah di dalam hati...dan cinta suami di genggaman..supaya andaikata dia pergi dulu, dia dapat kita lepaskan dengan mudah..kita redha dengan ketentuannya...ketahuilah Allah itu sesungguhnya kekal...akan sentiasa bersama kita...


Subhanallah...

TeRCipTa UntUkmu...



Jika sebelum ni,blog ni byk membincangkan hal2 dunia pelajaran,kita bukak lagi scop perbincangan kepada yang lagi luas dan dalam..Menerusi duskusi dari hati ke hati...

Sahabatku,

Semua insan2 yang bercinta pasti menyimpan hasrat untuk mempertahankan cintanya hingga ke jinjang pelamin. Bertunang adalah cara yang dilakukan bagi menyempurnakan janji untuk berkahwin. 

Cinta dalam pertunangan besar ujiannya.... kerana godaan dan cabaran yang datang dari pelbagai pihak mampu merubah hati dan pendirian pasangan.  Oleh sebab itu, pertunangan tidak digalakkan untuk tempoh yang lama. Malah tidak perlu ia dihebohkan kepada semua, kerana pasangan mungkin akan berubah hati dan tidak jadi melangsungkan perkahwinan.

Ingatlah,


Bertunang tidak sama dengan berkahwin. Bertunang adalah ikatan tetapi ia belum diteguhkan oleh akad yang menghalal-kan segala perhubungan antara lelaki dan perempuan. Bertunang adalah tempoh suai kenal bukan tempoh memadu asrama. 

Maka orang yang sedang bertunang tidak boleh melanggar batas-batas agama kerana mereka masih belum halal untuk sentuh-bersentuhan dan sebagainya.

Sepanjang pertunangan juga, jagalah hati masing2. Dan juga perasan kedua orang tua...ketahuilah, jika sepanjang tempoh pertunangan hati ibu bapa terguris, kethuilah, usia perkahwinan kita nanti tidak akan berpanjangan...

Berhati-hatilah dalam pergaulan kerana syaitan sentiasa menjadi orang ketiga yang tidak jemu menggoda dan cuba merosakkan cinta yang terbina. maka perbanyakkan doa pada Allah, semoga semua urusan dipermudahkan...



"Ketahuilah keberkatan dalam perkahwinan hanya akan diperoleh daripada hubungan yang terjaga sebelum perkahwinan"
Salam Sayang... 

By: Lavender Isaac 10.48a.m 6/3/2011