Lavender:

Kerana bahagiaku dalam sujudku padaMu...

Saturday, March 5, 2011

Diari semalam yg dilupakan

Pernah dahulu,sewaktu Islam di berada di puncak kegemilangan…

Bila orang Islam ditanya,siapakah mereka? Maka dgn bangganya mereka akan menjawab, saya adalah orang islam.

Semua wanita non-muslim hatta di negeri barat sekalipun cuba meniru gaya hidup wanita Islam…Mereka mengimpikan sebuah layanan seperti mana yang diterima oleh wanita Islam, dihormati dan ditinggikan martabatnya.

Semua umat dunia, tidak kira bangsa dan agama berlumba-lumba utk mempelajari bahasa arab, dan bangga menuturkannya

Dahulu, di bawah system pemerintahan Islam,semua umat dunia, hatta yang bukan beragama Islam dapat hidup dengan aman dan tenteram.
Kini,segalanya telah berubah…

Wanita Islam mula berjinak-jinak dengan gaya hidup wanita barat. Lupakah mereka pada suatu hari dulu wanita barat pernah berusaha untuk keluar dari gaya hidup mereka yang penuh kehinaan?

Kini,umat Islam mula melupakan Al-Quran. Al-Quran disisihkan ke tepi dan peraturan hidup yang diciptakan oleh manusia sendiri diagung-agungkan…lupakah mereka bahawa Islam pernah berada di puncak kegemilangan dan mencapai peradaban yang hebat pada suatu masa dahulu? dan hingga sekarang tiada peradaban yang mampu menandinginya? Itu adalah hasil panduan dari Al-Quran. Maka jika benar ingin maju,mengapa tidak Al-Quran dijadikan panduan? Mengapa hanya sebahagian diambil dan sebahagian lagi dibuang?

Kini, semua tulisan yang berkait dengan bahasa Arab cuba dihapuskan. Sebagai contoh, tulisan bahasa melayu yang dahulunya dalam bahasa jawi kini telah dihapuskan…tiada usaha untuk mengembalikannya..Maka sekarang anak bangsa kita tidak lagi mampu membaca tulisan jawi…dan kesannya,sukarnya untuk mereka membaca bahasa Al-Quran

Di bawah system pemerintahan Barat, tiada lagi keamanan khususnya buat umat Islam. Mereka memusnahkan system yang paling ampuh untuk mendidik jiwa manusia, iaitu system rumah tangga. Harga matawang dunia jatuh dengan teruknya. Cubalah lihat di Negara kita sendiri, betapa harga barangan naik dengan banyaknya. 

Hal ini sebenarnya berpunca daripada kejatuhan nilai matawang negara kita yang menjadi semakin teruk. Kita sekarang telah menjadi saksi kejatuhan nilai matawang di Negara jiran. Hatta sebiji gula-gula pun berharga beribu-ribu rupiah. Nilai harga gula-gula itu tetap sama, tapi nilai matawang telah jatuh menyusut sehinggakan gula-gula terpaksa dijual dengan harga yang sebegitu tinggi…

Satu pesanan ikhlas dari saya,untuk diri dan juga semua yg membaca. Selain Al-Quran dan as-sunnah, pastikan anak-anak kita mempelajari bahasa Arab walaupun pada asasnya sahaja. Kerana ia membantu mereka memahami Al-Quran. 

By: Lavender Isaac 2.00pm 6/3/2011

No comments:

Post a Comment