Lavender:

Kerana bahagiaku dalam sujudku padaMu...

Saturday, March 5, 2011

TeRCipTa UntUkmu...



Jika sebelum ni,blog ni byk membincangkan hal2 dunia pelajaran,kita bukak lagi scop perbincangan kepada yang lagi luas dan dalam..Menerusi duskusi dari hati ke hati...

Sahabatku,

Semua insan2 yang bercinta pasti menyimpan hasrat untuk mempertahankan cintanya hingga ke jinjang pelamin. Bertunang adalah cara yang dilakukan bagi menyempurnakan janji untuk berkahwin. 

Cinta dalam pertunangan besar ujiannya.... kerana godaan dan cabaran yang datang dari pelbagai pihak mampu merubah hati dan pendirian pasangan.  Oleh sebab itu, pertunangan tidak digalakkan untuk tempoh yang lama. Malah tidak perlu ia dihebohkan kepada semua, kerana pasangan mungkin akan berubah hati dan tidak jadi melangsungkan perkahwinan.

Ingatlah,


Bertunang tidak sama dengan berkahwin. Bertunang adalah ikatan tetapi ia belum diteguhkan oleh akad yang menghalal-kan segala perhubungan antara lelaki dan perempuan. Bertunang adalah tempoh suai kenal bukan tempoh memadu asrama. 

Maka orang yang sedang bertunang tidak boleh melanggar batas-batas agama kerana mereka masih belum halal untuk sentuh-bersentuhan dan sebagainya.

Sepanjang pertunangan juga, jagalah hati masing2. Dan juga perasan kedua orang tua...ketahuilah, jika sepanjang tempoh pertunangan hati ibu bapa terguris, kethuilah, usia perkahwinan kita nanti tidak akan berpanjangan...

Berhati-hatilah dalam pergaulan kerana syaitan sentiasa menjadi orang ketiga yang tidak jemu menggoda dan cuba merosakkan cinta yang terbina. maka perbanyakkan doa pada Allah, semoga semua urusan dipermudahkan...



"Ketahuilah keberkatan dalam perkahwinan hanya akan diperoleh daripada hubungan yang terjaga sebelum perkahwinan"
Salam Sayang... 

By: Lavender Isaac 10.48a.m 6/3/2011




No comments:

Post a Comment