Lavender:

Kerana bahagiaku dalam sujudku padaMu...

Saturday, March 5, 2011

Mereka Terlupa atau Sengaja Melupakan?

"Katakan (Muhammad) jelajahilah bumi dan kemudian perhatikanlah bagaimana kesudahannya orang-orang yang mendustakan itu"-Al-Quran (Al-An'am-11)


Walaupun isu ini sudah lapuk,saya tetap tertarik untuk membahaskan di sini. Walaupun suasana telah kembali pada normal…

Suatu ketika dahulu mata pelajaran sains  untuk pelajar sekolah ditukar ke bahasa Inggeris? Atas apa alas an?
Mereka mendakwa penukaran ini perlu bagi memastikan lebih banyak ilmu dapat diterokai

Mungkin benar. Tapi apa gunanya banyak ilmu dapat diterokai seandainya terdapat pelajar yang langsung tidak memahami apa yang diajarkan guru? Sehinggakan pelajar muak untuk ke sekolah kerana tidak faham bahasa inggeris. Mereka pening, kenapa perlu belajar bahasa inggeris dalam mata pelajaran ini, sedangkan bukan ini yang mahu difahamkan. Tidak cukupkah dengan mata pelajaran khusus bahasa inggeris diajar?

Lupakah mereka dahulu, pada zaman kegemilangan pemerintahan Islam, banyak tulisan dari bahasa lain seperti Yunani ditukar ke dalam bahasa Arab? Dan dengan itu umat Islam dapat menguasai ilmu mereka?

Atau mereka hanya mewajibkan pelajar sekolah yang belajar sejarah, tapi mereka sendiri tidak tahu sejarah?
Atau pun secara tepatnya, tidak reti mengambil iktibar dari sejarah?

“Belajar lah dari sejarah. Orang yang tidak mengambil iktibar dari sejarah adalah orang yang akan mengulangi kesilapan yang sama pada hari yang akan datang, sedangkan orang mukmin itu tidak akan dipatuk ular pada lubang yang sama…”
By: Lavender Isaac 2.11 pm 6/3/2011

No comments:

Post a Comment