Saya
tertarik dengan satu post daripada seorg sahabat yg dikasihi Allah..berkenaan POLIGAMI...
kalau ditanya pendapat peribadi, adakah selepas berkahwin saya akan membenarkan suami utk berpoligami? maaf,saya masih tiada jawapan utk semua itu..cumanya,sebagai orang islam, saya tidak mahu hukum poligami ini diperlekehkan, dipersendakan, atau dipersoalkan oleh orang islam sendiri..kerana saya bimbang jika ini termasuk dalam perkara yg boleh membatalkan agama...
Islam
adalah perkataan arab. Dalam bahasa melayu islam bermaksud selamat...sebagai perempuan islam,
saya melihat islam sebagai agama yang melindungi dan membela nasib semua
bangsa, keturunan dan juga jantina....islam menggariskan panduan hidup yang
lengkap, dan memberI pnyelesaian kepada semua masalah hidup...
saya melihat
poligami sbagai satu cara utk islam melindungi kaum wanita..kerana, SEBELUM
DATANGNYA ISLAM, hanya wanita pertama yg
layak bergelar isteri, dan selebihnya, hanya layak digelar perempuan
simpanan... sedangkan perempuan simpanan mempunyai darjat yg sangat rendah di
sisi masyarakat seluruhnya..dan mereka tidak sedikitpun mempunyai hak utk
mewarisi harta peninggalan suami mereka. Nasib mereka juga tidak terbela kerana
mereka juga tidak mempunyai hak ke atas perlindungan lelaki yg menjadikan mereka
sebagai perempuan simpanan..
SETELAH
DATANGNYA ISLAM, poligami dibolehkan..dan islam telah memberi kelonggaran utk
lelaki berkahwin lebih daripada satu pada suatu masa kerana islam mahu melindungi
kaum wanita daripada dijadikan perempuan simpanan yg sangat hina kedudukannya
di sisi masyarakt. Islam mengiktiraf isteri yg kedua,ketiga dan keempat dan
mereka semua layak mewarisi harta peninggalan suami. Nasib mereka terbela,
kerana suami dimestikan utk melindungi mereka, menyara anak2 mereka dan
menyediakan semua keperluan mereka..
Dalam
islam, lelaki dibolehkan utk berpoligami..tetapi islam sama sekali tidak
menjadikan ia satu perkara sunat (dapat balasan baik dari tuhan jika
berpoligami), atau wajib (berdosa jika tidak berpoligami)
Islam
membenarkan poligami hanya sebagai SATU KELONGGARAN bagi melindungi nasib kaum
wanita...
ISLAM melarang
zina, tetapi membenarkan perkahwinan.
ISLAM melarang perempuan utk dijadikan PEREMPUAN
SIMPANAN, tetapi membenarkan mereka utk dijadikan ISTERI kedua, ketiga atau
keempat.
.alangkah
indahnya islam yang telah membela nasib kaum wanita..
lelaki hanya dibenarkan mempunyai PALING BANYAK EMPAT ISTERI PADA SUATU
MASA. dan mereka dimestikan utk berlaku ADIL & SAMA RATA pada keempat-empatnya..setiap isteri adalah amanah (tanggungjawab yang tidak boleh diabaikan)
utk suami..dan stiap amanah akan dipersoalkan di hadapan Tuhan pada hari
pembalasan kelak..
kalau ditanya pendapat peribadi, adakah selepas berkahwin saya akan membenarkan suami utk berpoligami? maaf,saya masih tiada jawapan utk semua itu..cumanya,sebagai orang islam, saya tidak mahu hukum poligami ini diperlekehkan, dipersendakan, atau dipersoalkan oleh orang islam sendiri..kerana saya bimbang jika ini termasuk dalam perkara yg boleh membatalkan agama...