Lavender:

Kerana bahagiaku dalam sujudku padaMu...

Saturday, January 22, 2011

Pesanku pada yang bernama hati



Wahai yang bernama hati
Ingatlah
Dan sabarlah
Tahanlah nafsu amarahmu
Tatkala kau terdengar umpatan manusia
Tentang dirimu
Sedang dia insan yang dekat padamu

Ingatlah
Dan imbau kembali
Tentang sirah junjungan mulia
Muhammad S.A.W
Bila baginda dicerca
Bila baginda dihina
Oleh seorang yahudi buta
Sedang bagindalah yang mencicipkan makanan
Sedang bagindalah yang menyuapkan makanan
Pada si buta
Padahal
Si buta tanpa henti mencerca
Tanpa henti menghina
Baginda S.A.W
Di depan baginda

Tapi baginda
Tetap mulia
Tetap sabar
Tahan mendengar
Tanpa henti meneruskan suapan
Demi suapan
Hari demi hari
Tanpa jemu
Sabar dan memaafkan
Segala tohmahan

Ingatlah
Apabila baginda S.A.W wafat
Sahabatnya menggantikan baginda
Menyuapkan makanan
Tatkala itu
Si yahudi buta sedar
Tangan yang menyuap
Tidak lagi selembut dulu

Aku tahu kamu bukan dia
Di mana dia yang selalu meyuapku??
Suapannya lembut
Dan dia hancurkan makananku terlebih dahulu
Supaya  senang aku menelannya
Aku tahu kamu bukan dia
Di mana dia??

Dan ingatlah
Bila sahabat menjawab
Dia lah Muhammad
Yang pernah kau cerca dan hina
Baginda telah wafat
Meninggalkan kita buat selamanya
Lalu si buta menangis
Menyesali segala perbuatannya
Lantas pada saat itu
Si yahudi buta memeluk islam
Aku naik saksi tiada tuhan selain Allah
Dan Muhammad itu pesuruh Allah…

Wahai yang bernama hati
Dengarlah pesananku
Teladanilah sifat mulia
Rasul junjungan

Ingatlah
Bahawa tuhanmu bersama hambaNya yang sabar
Ingatlah
Dalam lembaran mulia
Al-Quran kalamullah
Tercatit kalimah cinta
Dari yang Maha Esa

Katakanlah (wahai Muhammad)
Jika benar kamu mencintai Allah
Maka ikutilah aku
Nescaya Allah akan mencintaimu
Dan mengampuni dosa-dosamu
Dan Dia Maha Pengampun lagi Maha Penyayang
(Ali-Imran-31)

Maafkanlah sahabatmu
Kerana dia insan pelupa
Maafkanlah sahabatmu
Kerana dia insan biasa
Moga ukhuwwah yang pernah terbina
Antara kamu dan dia
Kekal utuh buat selamanya
Amin…

Nukilan oleh: Lavender, 15 December 2010, 9:25 pm

No comments:

Post a Comment