Lavender:

Kerana bahagiaku dalam sujudku padaMu...

Saturday, February 26, 2011

Dah Setahun??


Saya baru diperkenalkan dengan sebuah kedai kek bila masuk iium kuantan..rasanya boleh tahan hebat..macam tu jugak lah harganya…sekali-sekala tak apa lah..tapi, kalu dah memang selalu x elok utk ekonomi sendiri dan jugak boleh myumbang penyakit..Diabetes mellitus!..mana x nya..rasa macam sesenduk gula ditaruk dalam kek tu...

Ada lah beberapa perisa yang saya dah try..memang best2 belaka..nak dijadikan cerita..satu hari, saya makan malam di bilik ex-roomate sy, kat level bawah asrama saya je..tengah seronok bercerita pasal kek, tiba2, datang seorang sahabat saya (baru je kenal kt iium kuantan) dengan info baru…

P: “eh,tau x berapa lama usia kek tu?..mungkin dah satu tahun usia dia..dah lama dia buat.”..

Saya: erk..tuanya kek tu..macam mana dia boleh tahan?

P: cane dia boleh tahan? Oo..banyak tu dia letak preservatives..

Saya: la..ingatkan dia buat kat kedai tu..

P: mana lah sempat kedai tu nak buat kek tu..dia buat kat kilang dia..pastu barulah kek tu diedar ke kedai2 cawangan dia..

Gulp!..memang pantang saya dengar pasal letak banyak preservatives ni…terasa macam makan bahan makanan yang dah reput…apapun, benda ni kena study dulu..betul k modus operandi syarikat tu macam ni?..kalu betul lah, biarlah macam mana sedap pun..baik lagi kek fresh dari oven biar pun rasa dia biasa2 je…



No comments:

Post a Comment