Lavender:

Kerana bahagiaku dalam sujudku padaMu...

Sunday, February 13, 2011

Fikir vs Zikir



Dulu, Islam ditentang secara fizikal, umat Islam bangkit menentang keras, sehinggalah kemenangan menjadi milik Islam...

Jadi,musuh islam bersepakat, Islam hanya dapat diruntuhkan dengan menukar cara umat Islam berfikir..mereka bersepakat, untuk meruntuhkan umat islam, bukanlah dengan menetang secara terang-terangan, tetapi dengan secara taktik halus...Ya, hari ini, umat Islam diserang dengan cara yang paling halus, iaitu dengan sesuatu yang disukai umat Islam sendiri...fikir2 kan...

Dr sekolah rendah hinggalah k sekolah menengah saya pernah diajar bagaimana untuk menghormati lagu negaraku, menghayati semngat kebangsaan...tapi mereka lupa mengajarkan saya tentang semangat cintakan Daulah Islamiyyah...lihatlah bagaimana musuh Islam merubah cara umat Islam berfikir...

Dalam subjek sejarah, saya diajar bagaimana Malaysia mendapat kemerdekaan secara rundingan damai...tapi mereka lupa, dalam subjek sejarah juga saya diajar tentang tujuan barat datang ke Melaka, utk mnyebarkan agama mereka dan dendam mereka kepada islam sejak dari perang Salib.. Jadi, mana mungkin semudah itu Barat melepaskan tanah melayu merdeka begitu sahaja..kecuali dengan agenda tersendiri, dengan sekali lagi menjajah kita secara tanpa sedar...Ya.Minda kita dijajah...

Quran mengajar kita supaya berfikir..bukan menerima secara bulat...jd,fikirlah...jangan sekadar zikir..
“berfikir sesaat lebih baik daripada setahun beramal”

No comments:

Post a Comment