Lavender:

Kerana bahagiaku dalam sujudku padaMu...

Saturday, February 26, 2011

Khas Untukmu ..sahabatku..


Ingatlah...

Orang yang tidak pernah dibakar mentari, mustahil menghargai rimbun berteduh..
-peribahasa Turki (hasrizal abdul jamil- Secangkir teh pengubat letih)

Semoga terus tabah hadapi dugaan hidup...semoga hari ini lebih baik dari semalam..salam ukhuwwah...

Sandwich untuk Sahabat




Letih ke study??...tak pe2…teruskan…ni ada sedikit perkongsian dari saya..

Sahabt2..cuba bayangkan…
Kita pada tahun2 yang akan datang..
Bila dah graduate..
Ijazah dah ada di genggaman..

Dah start kerja pun…
Hari2 kita kan berulang ke tempat kerja..
Dengan briefcase di tangan (mugkin lah..kan?..)
Menghadap pelbagai ragam manusia…

Ada yang kurang sabar,semua nak cepat…
Ataupun bertemu pesakit yang banyak karenahnya…
Waktu itu, barulah kita sedar…
Pentingnya hati ditarbiyyah…
Bila semuanya memerlukan kesabaran yang tinggi…

I used to think, when I am hungry, I need to eat…
But did I ever think that my soul too needs food??

Waktu itu…
Kerja menuntut kesungguhan dan ketekunan..
Serta ketelitian
Semuanya itu memerlukan ilmu…

Waktu itu..
Semua lecturer sudah lama kita tinggalkan..
Tak ada lagi insan yang sanggup meluangkan masanya
Mencurahkan segala ilmu yang ada..
Mengajarkan kita
Membetulkan kesilapan
Dan memberi penyelesaian dan jawapan pada sesuatu yang masih kusut..

Tanpa bantuan yang sangat diharapkan..
Mungkin..nasib kita baik..
Pada waktu itu,
Kita dipertemukan dengan rakan sekerja yang baik
Yang sanggup menegur dan membetulkan kesilapan kita..


Tapi dia ada urusannya yang tersendiri…
Yang perlu dilaksanakan..
Sedangkan kita masih terkapai-kapai…


Mungkin waktu itu baru kita sedar..
Betapa bernilainya ilmu di university dulu..
Betapa banyak peluang yang kita sia2 kan..


Speak to yourself now,
That I still have time to change that…
I am still here in this beloved university…
Where my lecturer are still here for me…
To lend me hand when I need help…

I am now in this beloved IIUM
Where there are a lot of talk and forum everywhere…
 For my heart and soul that is always calling me..
For something to be filled…yes, my soul needs food too, just like my body..
Because I am made of two components, body and soul..




Sesusah mana pun study, study lah...
sebab kita merasakan exam tu susah kerana kita x studty betul2..

Akuilah kejayaan yang kita genggam,
Itu adalah pemberian dari Allah...
Kita hanya boleh berusaha...
selebihnya,,
Tawakkaltu 'ala Allah...


"Usaha + Doa + Tawakkal = Perfect way of tawakkal 'ala Allah..."



“Demi masa sesungguhnya manusia kerugiaan. Kecuali orang2 yang beriman dan beramal salih .Dan orang2 yang berpesan2 kepada kesabaran..dan orang2 yang berpesan2 dengan kesabaran..”-Al-Asr (Demi Masa)

Grab the chance while you have time…!

I am responsible for my own future!!!


“What I have learned today may not be beneficial for me tomorrow, but if I don’t learn today, I will be the most idiot person tomorrow…”

by: Lavender Isaac 11.45pm 27/2/2011



Dah Setahun??


Saya baru diperkenalkan dengan sebuah kedai kek bila masuk iium kuantan..rasanya boleh tahan hebat..macam tu jugak lah harganya…sekali-sekala tak apa lah..tapi, kalu dah memang selalu x elok utk ekonomi sendiri dan jugak boleh myumbang penyakit..Diabetes mellitus!..mana x nya..rasa macam sesenduk gula ditaruk dalam kek tu...

Ada lah beberapa perisa yang saya dah try..memang best2 belaka..nak dijadikan cerita..satu hari, saya makan malam di bilik ex-roomate sy, kat level bawah asrama saya je..tengah seronok bercerita pasal kek, tiba2, datang seorang sahabat saya (baru je kenal kt iium kuantan) dengan info baru…

P: “eh,tau x berapa lama usia kek tu?..mungkin dah satu tahun usia dia..dah lama dia buat.”..

Saya: erk..tuanya kek tu..macam mana dia boleh tahan?

P: cane dia boleh tahan? Oo..banyak tu dia letak preservatives..

Saya: la..ingatkan dia buat kat kedai tu..

P: mana lah sempat kedai tu nak buat kek tu..dia buat kat kilang dia..pastu barulah kek tu diedar ke kedai2 cawangan dia..

Gulp!..memang pantang saya dengar pasal letak banyak preservatives ni…terasa macam makan bahan makanan yang dah reput…apapun, benda ni kena study dulu..betul k modus operandi syarikat tu macam ni?..kalu betul lah, biarlah macam mana sedap pun..baik lagi kek fresh dari oven biar pun rasa dia biasa2 je…



Sunday, February 13, 2011

Fikir vs Zikir



Dulu, Islam ditentang secara fizikal, umat Islam bangkit menentang keras, sehinggalah kemenangan menjadi milik Islam...

Jadi,musuh islam bersepakat, Islam hanya dapat diruntuhkan dengan menukar cara umat Islam berfikir..mereka bersepakat, untuk meruntuhkan umat islam, bukanlah dengan menetang secara terang-terangan, tetapi dengan secara taktik halus...Ya, hari ini, umat Islam diserang dengan cara yang paling halus, iaitu dengan sesuatu yang disukai umat Islam sendiri...fikir2 kan...

Dr sekolah rendah hinggalah k sekolah menengah saya pernah diajar bagaimana untuk menghormati lagu negaraku, menghayati semngat kebangsaan...tapi mereka lupa mengajarkan saya tentang semangat cintakan Daulah Islamiyyah...lihatlah bagaimana musuh Islam merubah cara umat Islam berfikir...

Dalam subjek sejarah, saya diajar bagaimana Malaysia mendapat kemerdekaan secara rundingan damai...tapi mereka lupa, dalam subjek sejarah juga saya diajar tentang tujuan barat datang ke Melaka, utk mnyebarkan agama mereka dan dendam mereka kepada islam sejak dari perang Salib.. Jadi, mana mungkin semudah itu Barat melepaskan tanah melayu merdeka begitu sahaja..kecuali dengan agenda tersendiri, dengan sekali lagi menjajah kita secara tanpa sedar...Ya.Minda kita dijajah...

Quran mengajar kita supaya berfikir..bukan menerima secara bulat...jd,fikirlah...jangan sekadar zikir..
“berfikir sesaat lebih baik daripada setahun beramal”

Wednesday, February 2, 2011

Think a little bit…and take action!


It’s just like what the saying goes, “If you fail to plan, you plan to fail”

            Sebelum masuk uia, masa dop kat matrik dulu, kerajaan announce satu berita baru,menarik sgt…semua pharmcy student diwajibkn serve government after prp. Dah lepas serve government, baru bleh pilih nak masuk kilang ke, or nak bukak pharmacy sendiri, or etc…

            Kalau dulu, masa mula2 masuk uia, kerajaan nak student pharmacy ni wajib masuk hospital lepas prp, so dpt biasiswa jpa. Xyah bayar balik. Tp wajib serve government selama beberapa tahun yg telah ditetapkn..Time 2, ade student yg jd kecoh. Sbb x nk terikat dgn government la, nk terus involve dgn business pharmacy la..mcm2 la..

            Baru je masuk year 2 sem 2, kerajaan announce benda baru lagi…lagi menarik bunyinya..Student pharmacy dah lepas graduate, kerajaan nk bagi kelonggaran cikit. Bleh la pilih nak serve government or nak keje kat lain (tp jpa kena bayar balik la).

            Suka sgt student dgr berita ni. Sy pon sama (sbb sy pon student la). Rase mcm diberi sedikit kebebasan. Tp skejap je rase suka hati saya tu. Tup2 dah jadi susah hati.

            Apa sebenarnya maksud ‘kebebasan’ utk memilih 2? Ia sebenarnya satu petanda kerajaan dh ade byk clinical pharmacist, dan kalu bleh, dah x nak amik ramai2 lagi.. jadi, kalu rase nak keje kat lain, amatlah dialu-alukan…

            Ade lagi baki 2 tahun. Bleh jd, satu hari nanti, bila dah byk sgt pmcists, sapa2 yg nk kerja hospital akan ditapis. Hanya yg betul2 layak sj  (of course la cgpa  syarat paling atas, dan yg kedua, active dlm society!)…dan yg paling penat bila fikir,bila scholarship bertukar jadi convertible loan.

*Convertible loan ~ kalu dpt cgpa tinggi , x yah bayar dan akan diserap masuk kerja (scholarship), tapi kalu result rosak, kena la bayar balik bila dah abis study year (sponsorship)…

            Byk lg kemungkinan2 yg akan berlaku. Jd, tunggu ape lagi, cepat bertindak. Rancang masa depan anda!





Monday, January 31, 2011

HPV vaccine for Malaysian Teenagers: It is relevant?


            Salam ‘Alaikum to all Malaysian citizens. I dedicated my words to all of you with full of concern. Let us go to the topic that i am going to write here. It is regarding the injection of Human Papilloma Virus Vaccine (HPV vaccine) for teenagers (secondary school girls).


            First and foremost, you need to know what is Human Papilloma Virus,what disease it can  cause, how it is transmitted, and who will be infected...and i have also highlighted some important informations by using red colour. Below here are some details:


1.    Name of the virus: Human Papilloma virus


2.    Disease: This virus can cause warts on the penis, vulva, urethra, vagina, cervix, and around the anus. Certain types of genital warts increase a woman's risk for cancer of the cervix and vulva.


3.    Mode of transmission (how it is being transmitted): Sexually transmitted disease (meaning that it is transmitted through sexual contact)


4.    People who are at high risk of getting infection:


       4.1. Multiple sexual partners

       4.2. Not knowing if someone you had sex with had STDs (sexually transmitted disease’s)

       4.3. Early age when you start to be sexually active

       4.4. Tobacco and alcohol use

       4.5. Stress and other viral infections (such as HIV or herpes) at the same tim.


            The HPV vaccine is now being introduced to Malaysia teenagers (under age). After you have gone through some details on the virus, what do you think about giving the HPV vaccine injection to the secondary school teenagers?

             Are our teenagers among those who have high risk to get the HPV infection? Is it worth for government to spend money for this?  What will people from other country think about our teenagers,  is it most of them involve in premarital sex??...Now, I leave it here for you to answer. 

Saturday, January 22, 2011

Pesanku pada yang bernama hati



Wahai yang bernama hati
Ingatlah
Dan sabarlah
Tahanlah nafsu amarahmu
Tatkala kau terdengar umpatan manusia
Tentang dirimu
Sedang dia insan yang dekat padamu

Ingatlah
Dan imbau kembali
Tentang sirah junjungan mulia
Muhammad S.A.W
Bila baginda dicerca
Bila baginda dihina
Oleh seorang yahudi buta
Sedang bagindalah yang mencicipkan makanan
Sedang bagindalah yang menyuapkan makanan
Pada si buta
Padahal
Si buta tanpa henti mencerca
Tanpa henti menghina
Baginda S.A.W
Di depan baginda

Tapi baginda
Tetap mulia
Tetap sabar
Tahan mendengar
Tanpa henti meneruskan suapan
Demi suapan
Hari demi hari
Tanpa jemu
Sabar dan memaafkan
Segala tohmahan

Ingatlah
Apabila baginda S.A.W wafat
Sahabatnya menggantikan baginda
Menyuapkan makanan
Tatkala itu
Si yahudi buta sedar
Tangan yang menyuap
Tidak lagi selembut dulu

Aku tahu kamu bukan dia
Di mana dia yang selalu meyuapku??
Suapannya lembut
Dan dia hancurkan makananku terlebih dahulu
Supaya  senang aku menelannya
Aku tahu kamu bukan dia
Di mana dia??

Dan ingatlah
Bila sahabat menjawab
Dia lah Muhammad
Yang pernah kau cerca dan hina
Baginda telah wafat
Meninggalkan kita buat selamanya
Lalu si buta menangis
Menyesali segala perbuatannya
Lantas pada saat itu
Si yahudi buta memeluk islam
Aku naik saksi tiada tuhan selain Allah
Dan Muhammad itu pesuruh Allah…

Wahai yang bernama hati
Dengarlah pesananku
Teladanilah sifat mulia
Rasul junjungan

Ingatlah
Bahawa tuhanmu bersama hambaNya yang sabar
Ingatlah
Dalam lembaran mulia
Al-Quran kalamullah
Tercatit kalimah cinta
Dari yang Maha Esa

Katakanlah (wahai Muhammad)
Jika benar kamu mencintai Allah
Maka ikutilah aku
Nescaya Allah akan mencintaimu
Dan mengampuni dosa-dosamu
Dan Dia Maha Pengampun lagi Maha Penyayang
(Ali-Imran-31)

Maafkanlah sahabatmu
Kerana dia insan pelupa
Maafkanlah sahabatmu
Kerana dia insan biasa
Moga ukhuwwah yang pernah terbina
Antara kamu dan dia
Kekal utuh buat selamanya
Amin…

Nukilan oleh: Lavender, 15 December 2010, 9:25 pm