Lavender:

Kerana bahagiaku dalam sujudku padaMu...

Monday, November 29, 2010

Andainya aku punya pilihan


Seandainya aku diberi tiga pilihan, iaitu untuk memilih syurga, neraka ataupun sebuah kehidupan yang sederhana di akhirat sana… (Kalaulah pilihan itu ada untukku)

Syurga tempat segala nikmat yang kekal. Tempat yang kondusif, nikmat yang tak terhingga, everlasting forever. Tapi dipagari pula dengan kesusahan dan dugaan yang amat berat

Neraka pula tempat yang amat dahsyat azabnya tapi dipagari pula dengan keseronokan

Dan kehidupan yang sederhana adalah seperti kehidupan kita di sini, sebelum kematian menjemput kita.

Owh, tentunya aku memilih pilihan ketiga, iaitu kehidupan yang sederhana, seperti kehidupan kita di dunia sekarang. Kerana aku pasti jalan menuju ke sana tidaklah sesukar jalan menuju syurga.

Kerana aku akui, banyaknya dugaan yang perlu kutempuhi untuk menempah sebuah kediaman di syurga. Jalan menujunya penuh ranjau dan duri.

Kerana aku yakin dan pasti sukarnya hidup di neraka. Penuh azab. Tempat yang hitam lagi panas. 70 kali panasnya lebih dari api di dunia sekarang. Oh, aku tidak mampu menahan kepanasannya.

Tapi aku hanya diberi dua pilihan, sama ada ke syurga ataupun neraka.

Jadi mahu atau tidak, aku mesti terus berusaha. Jalan yang sukar dan beronak duri harus kutempuhi jua. Kerana aku pasti, aku tidak akan sesekali mampu untuk menahan segala macam azab di neraka. Sabarlah sekarang, atau kau terpaksa menahan sabar dengan seksaan neraka di akhirat kelak.

Dan aku percaya walaupun mujahadah itu pahit, tapi syurga itu manis

“Erti sebenar kejayaan adalah terlepasnya seorang hamba dari dicampakkan ke dalam api neraka”

By: Lavender

No comments:

Post a Comment