Lavender:

Kerana bahagiaku dalam sujudku padaMu...

Saturday, November 27, 2010

Demi Masa


 
“Demi masa. Sesungguhnya manusia berada dalam kerugian, kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh, berpesan-pesan kepada kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran”

.-surah Al-Asr ( Masa)

Seringkali manusia yang gagal menggunakan masanya dengan baik dikaitkan dengan orang yang kerugian. Ku amati betul2... di sini kutemui jawapannya.

Ini dari pandanganku:

Manusia datang di dunia ini sebagai pedagang. Modal perniagaannya telah diberi oleh Allah secara sama rata, iaitu  setiap dari mereka diberi 24 jam sehari (mengikut istilah matematik). Masa itu adalah modal perdagangan manusia di muka bumi Allah.

Barangsiapa tidak menggunakannya dengan baik atau paling tepat membazir masa, samalah seperti dia membazir modal perniagaannya. Mereka yang gagal menggunakan modal dengan baik, nescaya mereka akan kerugiaan dan bakal mendapat pulangan yang tidak menguntungkan.

 Konsep ini sama seperti dalam menjalankan urus niaga. Modal itulah tunjangnya. Jika bijak menggunakan modal, maka kte akan mendapatkan keuntungan yang lumayan. Keuntungan dari perniagaan yang modalnya waktu adalah sesuatu yang tidak nampak secara zahir di mata. Tapi ia adalah harta simpanan bagi menempah satu kediaman mewah kekal di syurga nanti. Jika tidak cukup simpanan, maka rugilah..rugilah...rugi yang amat... kediaman di syurga semuanya mahal- mahal belaka, mana tidaknya, ia kekal abadi tiada hujungnya.. kepada diriku, bekalanmu masih belum mencukupi.

 Maka dengarlah suara hatimu sendiri, kau perlu bekerja lebih keras lagi. Paling utama, ikhlaskanlah niatmu dalam pekerjaan. Hal ini kerana kuyakini hanya kerja berlandaskan keikhlasan akan membuahkan sesuatu yang tinggi harganya. Waktu yang lepas walaupun hanya senano saat, jauhnya amat hinggakan tiada lagi nampak di ruangan mata, didengar dari corong telinga mahupaun dihidu oleh deria bau..semuanya sudah tercatat dengan rapi di dalam kitab amalan. Hanya taubat yang diterima dapat memadam kembali amalan yang cacat di hari-hari yang lalu...-Allah knows better...pen-off

No comments:

Post a Comment