Lavender:

Kerana bahagiaku dalam sujudku padaMu...

Tuesday, November 30, 2010

Halal itu menguntungkan- DUnia dan AkhiRat (part 1)

Dari hadis nabi bermaksud: Perkara halal itu jelas dan perkara haram itu jelas, tetapi antara dua perkara itu ialah perkara-perkara syubahat (ragu2). Oleh sebab itu, sesiapa yang meninggalkan perkara2 syubahat, telah membersihkan dirinya pada agama dan kemuliannya. (hadis riwayat bukhari)

Dalam surah al-Baqarah ayat 168 pula, Allah telah berfirman : Hai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan; karena sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu. (Ayat di atas menerangkn suruhan Allah terhadap semua yang bergelar manusia secara menyeluruh, sama ada dia beriman kepada Allah, ataupun tidak.)

Pada 25 november baru2 ini, kita dikejutkan oleh paparan media tentang sebuah restoran vegetarian yang mempamerkan logo halal palsu serta menggunakan bahan masakan yang mengandungi arak. Anda jangan pula terkejut berdasarkan semakan di laman web e-halal di JAKIM, hanya 60 daripada 2000 buah hotel di Malaysia mempunyai logo halal jakim!

Jadi kita sewajarnya berhati-hati dalam aspek pemilihan makanan kerana makanan yang kita ambil akan menjadi darah daging kita. Makanan yang kita ambil bukan sahaja akan membentuk jasmani bahkan rohani kita.

Dalam proses menyediakan makanan, semua aspek di bawah perlu di ambil kira:

1. Semua isi kandungan hendaklah terdiri daripada bahan2 yg halal dimakan atau digunakan oleh orang islam dan tidak bercampur baur dengan apa2 bhn yg tidak halal dimakan atau najis.

2. Semua peralatan yg digunakan utk menyedia, memproses, mengilang, atau seumpamanya hendaklah tidak terdiri atau bekas daripada benda2 yg bernajis.

3. Cara pengendalian termasuk pengangkutan, penyimpanan, penghidangan dan seumpama dengannya hendaklah tidak bersentuhan atau berdekatan dengan benda yg diharamkan.

Sebenarnya, aspek halal bukan sahaja perlu ditekankan pada makanan kita, tetapi juga pada aspek2 lain seperti kosmetik, farmaseutikal dan pembungkusan.

Sebagai contoh, dalam aspek kosmetik, bahan yang digunakan untuk tujuan kosmetik mestilah tidak mengandungi elemen yang boleh membahayakan tubuh badan seperti hydroquinone.

No comments:

Post a Comment