Lavender:

Kerana bahagiaku dalam sujudku padaMu...

Sunday, November 28, 2010

Seindah Pertemuan

Tiada seindah kata
Untukku lafazkan
Tanda syukurku kepadaMu
Melainkan satu kalimah
“Alhamdulillah”
Lantaran nikmatMu padaku Ya Rahman
Yang tak terhingga

Tiada nikmat yang terindah
Melainkan dilahirkan ke bumi
Dari rahim ibu
Yang membenarkan kalimat tuhannya
‘Tiada Tuhan selain Allah”
“Muhammad rasul Allah”

Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim
Dengan namaMu Ya Allah
Aku merayu
Engkau kekalkanlah aku
Dalam kalimah itu
Hingga ke akhir hayatku
Kerana sesungguhnya
Itu nikmat terbesar bagiku
Anugerah dariMu

Jadikanlah daku
HambaMu
Yang sentiasa
Segar hatinya mengingatiMu
Basah lidahnya memujiMu
Ikhlas melaksanakan suruhanMu
Dalam mendamba redhaMu

Ya Allah
Tiada yang paling aku dambakan
Melainkan segera bertemu denganMu
HambaMu merinduiMu
Ku pasti kita akan bertemu
Di hari yang dijanjikanMu

Maka
Engkau jadikanlah hari pertemuan kita
Sebagai hari terindah dalam hidupku

By: Lavender


     

No comments:

Post a Comment